CLICK HERE !

Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Thursday, 7 May 2020

SPIRAL MANTOU FOR BABY





Bahan A :

100g puri keledek ungu
100g tepung gandum
50ml susu full cream
2g yis


Bahan B :

150g tepung gandum
70ml susu fullcream
2g yis



Cara:

1. Satukan bahan A kecuali susu fullcream.
2. Masuk kan susu sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.
3. Bahan B juga sama step dengan bahan A.
4. Kemudian, tutup doh dengan plastik wrap dan biarkan sehingga kembang 2 kali ganda.
5. Selepas kembang, uli dan ambil roll pin. Roll kan doh ungu menjadi segi empat tepat. Begitu juga dengan doh kosong.
6. Sapukan sedikit air di atas doh ungu, dan letak doh kosong di atas doh ungu.
7. Gulung macam swiss roll.
8. Kemudian, potong kepada beberapa bahagian yang sama besar.
9. Rehat kan doh selama 10 minit.
10. Masukkan mantou ke dalam kukusan baru buka api. Kukus selama 15 minit dengan api besar.
11. Siap!


Sumber

Thursday, 21 March 2019

AGAR - AGAR SANTAN / AGAR - AGAR LUMUT



Bahan :

10g agar² tali
5 cawan air
1 cawan gula pasir
1 kotak santan
2 biji telur
Sedikit garam
Pewarna hijau


Cara:

1. Didih kan air + agar². Masak hingga agar² hancur.
2. Masuk gula + pewarna hijau. Masak hingga larut.
3. Kemudian, pukul telur + santan + sedikit garam. Kacau sebati.
4. Tuang adunan ke dalam periuk agar² tadi.
5. Kacau hingga santan + telur masak. Tutup api.
6. Tuang agar² ke dalam loyang/acuan. Biarkan sejuk.
7. Simpan dalam chiller.
8. Siap!

Saturday, 3 March 2018

SIRA NANGKA



Bahan :

Nangka - buang biji
Air
Gula secukupnya
1 helai daun pandan - simpul


Cara:

1. Masak air + gula + daun pandan hingga gula larut.
2. Masukkan nangka.
3. Masak dengan api perlahan sehingga air kelihatan pekat berkilat.
4. Siap!




Saturday, 12 August 2017

AGAR AGAR TEMBIKAI





Bahan:

10g agar² tali
4 cawan air
1 cawan gula pasir
Sedikit susu pekat manis
Pewarna - hijau
                 - merah




Cara :

1. Didih kan air + agar². Masak hingga agar² hancur.
2. Masuk gula. Masak hingga larut. Tutup api.
3. Tapis adunan, bahagi kepada 3 bahagian. 
    1 cawan warna kan hijau.
    ¾ cawan - masuk kan susu pekat manis.
    Selebihnya warna kan merah.
4. Tuang adunan hijau ke dalam loyang. Biarkan keras.
5. Tuang adunan putih atas adunan hijau. Biarkan keras.
6. Tuang adunan merah atas adunan putih. Biarkan keras + sejuk.
7. Simpan dalam chiller.
8. Potong agar² bentuk hirisan tembikai.
9. Siap!

Saturday, 1 July 2017

NUTELLA BROWNIES





Bahan :

200g  Nutella
2 biji telur
9 sb tepung gandum
4 sb susu pekat manis



Cara:

1. Whisk Nutella + telur hingga sebati.
2. Masuk tepung + susu pekat. Sebati kan.
3. Tuang adunan dalam papercups.
4. Bakar 160°C . 20 minit.
5. Siap!




Thursday, 1 June 2017

AGAR-AGAR CENDOL GULA MELAKA





Bahan:

10g agar²
500g cendol - tapis air
4 cawan air
1 cawan gula pasir
200ml santan - 1 kotak kecil
1st garam



Cara:

1. Didihkan air + agar². Masak agar² hingga hancur.
2. Masuk gula pasir. Masak hingga larut.
3. Masuk cendol. Tunggu didih, tutup api.
4. Masuk santan + garam. Kacau rata.
5. Masuk dalam acuan, biar sejuk. Carik permukaan atas  agar² ngan garfu.




Bahan gula Melaka:

10g agar²
Gula Melaka - ikut suka
3 helai daun pandan
4 cawan air



Cara:

1. Satu kan semua bahan dalam periuk. Masak dengan api perlahan.
2. Selepas mendidih dan larut, tapis.
3. Tuang ke dalam acuan agar² cendol tadi. Biarkan sejuk.
4. Simpan dalam fridge.
5. Siap !



SUMBER




Wednesday, 22 March 2017

PUDING NAGA, PUDING KIWI, PUDING MANGGA




Bahan :

20g agar² tali
1 cawan gula pasir
½ tin susu cair 
1400 ml air
Potongan buah - naga
                             - kiwi
                             - mangga




Cara:

1. Masak air + agar² hingga hancur.
2. Masuk gula. Masak hingga larut.
3. Basahkan sedikit loyang. Masukkan sedikit agar² jernih dalam loyang hingga penuh permukaan. Biarkan keras.
4. Susun potongan buah.
5. Masuk sedikit lagi agar² jernih hingga tenggelam buah. Biarkan keras seketika.
6. Masuk susu cair dalam baki agar². Kacau sebati.
7. Tuang agar² susu ke lapisan atas hingga habis. Biarkan sejuk.
8. Simpan dalam chiller.
9. Siap!

Monday, 13 June 2016

SAGU GULA MELAKA





Bahan :

1 cawan sagu
3 cawan air
Susu cair
Pewarna
Ais - optional


Cara:

1. Basuh biji sagu. Kemudian, toskan.
2. Didihkan air.
3. Masuk biji sagu + pewarna.
4. Senantiasa kacau hingga sagu kembang dan jernih dengan api sederhana . Tutup api.
5. Masuk dalam loyang/acuan. Simpan dalam peti sejuk.




Bahan:

Gula Melaka
Daun pandan
Air


Cara:

1. Didih air + gula Melaka + daun pandan hingga gula cair.
2. Tapis.
3. Siap!




Hidang:

1. Satu kan sagu + susu cair + gula Melaka.
2. Tambah 1-2 ketul ais.
3. Siap!

Saturday, 23 April 2016

KUIH LOMPAT TIKAM






Bahan :

1 cawan tepung beras
4 cawan air
Pewarna hijau


Cara: 

1. Satu kan tepung beras + air + pewarna hijau atas dapur, kacau sampai likat.
2. Siap!




Bahan :

6 cawan santan
1 sb tepung jagung
Sedikit garam


Cara:

1. Masak santan + garam sampai pekat.
2. Masuk tepung jagung.
3. Siap !



Bahan:

1 cawan pulut
Air 
Pewarna merah


Cara:

1. Rendam pulut + air + pewarna merah 1 jam hingga kembang.
2. Tos kan pulut.
3. Kukus pulut hingga masak.
4. Siap !




Bahan:

Air 
Gula Melaka
Daun pandan


Cara :

1. Didih air + gula Melaka + daun pandan hingga gula cair.
2. Tapis.
3. Siap !




Friday, 18 December 2015

KUIH CARA MANIS





Bahan :

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan - ½ biji kelapa
2 biji telur
1 st garam
1 st perisa pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir




Cara :

1. Bancuh santan + tepung gandum + telur + garam.
2. Masuk pewarna hijau + perisa pandan.
3. Tapis adunan.
4. Panaskan acuan kuih + griskan minyak.
5. Tuang adunan hingga hampir penuh.
6. Sudukan 1 sudu besar gula pasir ke dalam acuan. Tutup dengan tudung periuk.
7. Angkat, bila permukaan kuih dah masak.
8. Siap !



Sumber


Thursday, 10 September 2015

DORAYAKI - どらやき







Bahan :

⅓ cawan gula
25g mentega
1 biji telur
1½ cawan susu full cream
2 cawan tepung naik sendiri - ayak
1 st baking powder - ayak
1 st esen vanila
Inti coklat / jem / kacang merah




Cara :

1. Pukul gula + mentega.
2. Masuk telur.
3. Masuk susu + tepung naik sendiri + baking powder.
4. Masuk esen vanila. Kacau sebati.
5. Masak atas non-stick pan.
6. Letak inti coklat / jem  / kacang merah.

Saturday, 11 July 2015

KUIH BUAH MELAKA @ ONDE ONDE




Nie namanya tak de keje! hahaha  :p




Bahan :

Tepung pulut
Gula Melaka - diced
Pewarna hijau / air daun pandan
Air
Kelapa parut + sedikit garam - gaul sebati




Cara :

1. Campur kan tepung pulut + perwarna hijau + air dalam satu mangkuk. Uli hingga adunan tak lekat pada tangan.
2. Didih kan air dalam periuk.
3. Ambil adunan sikit² buat bulat, leper kan, masukkan gula Melaka dan bulat kan sekali lagi.
4. Bila air da didih, masuk buah Melaka. Tunggu hingga terapung.
5. Angkat.
6. Gaul kan dengan kelapa parut + garam.
7. Siap!

Saturday, 20 June 2015

APAM MENTEGA GULA HANGUS






Bahan A : ( Gula Hangus )

1½ cawan gula pasir
1 cawan air
250g mentega




Bahan B :

1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum - Ayak
2 st soda bikarbonat - Ayak
1 tin susu cair
1 st esen vanila




Cara :

1. Masak gula ( bahan A ) dengan api perlahan hingga gula larut dan warna perang.
2. Padamkan api dan masukkan air.
3. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut.
4. Masuk mentega, kacau rata. Ketepikan.
5. Pukul gula + telur + esen vanila hingga kembang.
6. Masuk gula hangus yang masih panas tadi.
7. Masuk susu cair, selang seli dengan tepung. Gaul rata.
8. Panaskan pengukus bersama acuan.
9. Tuang adunan ke dalam acuan.
10. Kukus selama 12 - 15 minit.
11. Siap !





Sumber

CLICK HERE !