CLICK HERE !

Showing posts with label Japanese. Show all posts
Showing posts with label Japanese. Show all posts

Wednesday, 24 August 2022

KUEY TEOW KUNGFU FOR BABY AND TODDLER

 





Bahan:

Kuey teow (basuh bersih, tos kan. Kuantiti ikut berapa banyak anak makan)
1 biji telur 



Cara :

1. Kocak telur sehingga sebati.
2. Masuk kan kuey teow. Kacau sebati.
3. Tuangkan sedikit minyak. Goreng kuey teow sehingga garing. Tos kan.




Bahan kuah :

2 ulas bawang putih - tumbuk
Isi ayam - cincang halus
Kobis bunga
Lobak merah - hiris memanjang
Sawi 
1 cawan air
3 sb tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Sedikit lada hitam



Cara:
1. Tumis bawang putih sampai naik bau. 
2. Masukkan ayam, biarkan ayam masak. kemudian, masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masuk kobis bunga + lobak merah. Masak sehingga lembut.
4. Masuk sawi + lada hitam + bancuhan tepung jagung dan biar sampai pekat sikit. Tutup api.
5. Tuang kuah di atas kuey teow tadi.
6. Siap!
 



* Tips: Jangan basuh kuey teow lama sangat, nanti kuey teow jadi lembik dan tak sedap bila digoreng. Lepas cuci, tos kan kuey teow



Thursday, 7 May 2020

SPIRAL MANTOU FOR BABY





Bahan A :

100g puri keledek ungu
100g tepung gandum
50ml susu full cream
2g yis


Bahan B :

150g tepung gandum
70ml susu fullcream
2g yis



Cara:

1. Satukan bahan A kecuali susu fullcream.
2. Masuk kan susu sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.
3. Bahan B juga sama step dengan bahan A.
4. Kemudian, tutup doh dengan plastik wrap dan biarkan sehingga kembang 2 kali ganda.
5. Selepas kembang, uli dan ambil roll pin. Roll kan doh ungu menjadi segi empat tepat. Begitu juga dengan doh kosong.
6. Sapukan sedikit air di atas doh ungu, dan letak doh kosong di atas doh ungu.
7. Gulung macam swiss roll.
8. Kemudian, potong kepada beberapa bahagian yang sama besar.
9. Rehat kan doh selama 10 minit.
10. Masukkan mantou ke dalam kukusan baru buka api. Kukus selama 15 minit dengan api besar.
11. Siap!


Sumber

Thursday, 10 September 2015

DORAYAKI - どらやき







Bahan :

⅓ cawan gula
25g mentega
1 biji telur
1½ cawan susu full cream
2 cawan tepung naik sendiri - ayak
1 st baking powder - ayak
1 st esen vanila
Inti coklat / jem / kacang merah




Cara :

1. Pukul gula + mentega.
2. Masuk telur.
3. Masuk susu + tepung naik sendiri + baking powder.
4. Masuk esen vanila. Kacau sebati.
5. Masak atas non-stick pan.
6. Letak inti coklat / jem  / kacang merah.

CLICK HERE !