CLICK HERE !

Thursday, 7 May 2020

SPIRAL MANTOU FOR BABY





Bahan A :

100g puri keledek ungu
100g tepung gandum
50ml susu full cream
2g yis


Bahan B :

150g tepung gandum
70ml susu fullcream
2g yis



Cara:

1. Satukan bahan A kecuali susu fullcream.
2. Masuk kan susu sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.
3. Bahan B juga sama step dengan bahan A.
4. Kemudian, tutup doh dengan plastik wrap dan biarkan sehingga kembang 2 kali ganda.
5. Selepas kembang, uli dan ambil roll pin. Roll kan doh ungu menjadi segi empat tepat. Begitu juga dengan doh kosong.
6. Sapukan sedikit air di atas doh ungu, dan letak doh kosong di atas doh ungu.
7. Gulung macam swiss roll.
8. Kemudian, potong kepada beberapa bahagian yang sama besar.
9. Rehat kan doh selama 10 minit.
10. Masukkan mantou ke dalam kukusan baru buka api. Kukus selama 15 minit dengan api besar.
11. Siap!


Sumber

Thursday, 21 March 2019

AGAR - AGAR SANTAN / AGAR - AGAR LUMUT



Bahan :

10g agar² tali
5 cawan air
1 cawan gula pasir
1 kotak santan
2 biji telur
Sedikit garam
Pewarna hijau


Cara:

1. Didih kan air + agar². Masak hingga agar² hancur.
2. Masuk gula + pewarna hijau. Masak hingga larut.
3. Kemudian, pukul telur + santan + sedikit garam. Kacau sebati.
4. Tuang adunan ke dalam periuk agar² tadi.
5. Kacau hingga santan + telur masak. Tutup api.
6. Tuang agar² ke dalam loyang/acuan. Biarkan sejuk.
7. Simpan dalam chiller.
8. Siap!

CLICK HERE !