Bahan :
200g mentega
100g gula aising
300g tepung gandum - ayak
1 st soda bikarbonat - ayak
1 biji putih telur
1 st esen vanila
100g chocolate chips - lebih pon boleh
Cara :
1. Pukul mentega + gula hingga kembang.
2. Masuk putih telur + esen vanila. Pukul hingga kembang.
3. Masuk tepung gandum + soda bikarbonat sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
4. Sejukkan doh dalam peti sejuk selama 15 minit.
5. Gris dulang pembakar dengan mentega.
6. Masukkan doh ke dalam piping bag dan tekan doh ke atas dulang pembakar.
7. Hiaskan dengan coklat chips.
8. Bakar 15 - 20 minit.
9. Siap !
Sumber : Majalah Wanita, 1999
tengok resepi biskut..dah nak raya ni..hehe
ReplyDeletesalam follow sni # 133
Boleh la cuba raya nanti.. hehe.. btw, tq follow.. i'll follow back.. シ
Deletesedapnya tengok. inshaallah saya cuba! <3
ReplyDeleteSelamat mencuba... シ
Delete