CLICK HERE !

Wednesday, 24 August 2022

KUEY TEOW KUNGFU FOR BABY AND TODDLER

 





Bahan:

Kuey teow (basuh bersih, tos kan. Kuantiti ikut berapa banyak anak makan)
1 biji telur 



Cara :

1. Kocak telur sehingga sebati.
2. Masuk kan kuey teow. Kacau sebati.
3. Tuangkan sedikit minyak. Goreng kuey teow sehingga garing. Tos kan.




Bahan kuah :

2 ulas bawang putih - tumbuk
Isi ayam - cincang halus
Kobis bunga
Lobak merah - hiris memanjang
Sawi 
1 cawan air
3 sb tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Sedikit lada hitam



Cara:
1. Tumis bawang putih sampai naik bau. 
2. Masukkan ayam, biarkan ayam masak. kemudian, masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masuk kobis bunga + lobak merah. Masak sehingga lembut.
4. Masuk sawi + lada hitam + bancuhan tepung jagung dan biar sampai pekat sikit. Tutup api.
5. Tuang kuah di atas kuey teow tadi.
6. Siap!
 



* Tips: Jangan basuh kuey teow lama sangat, nanti kuey teow jadi lembik dan tak sedap bila digoreng. Lepas cuci, tos kan kuey teow



Wednesday, 3 August 2022

HOMEMADE SANGKAYA PANDAN FOR BABY AND TODDLER

 





Bahan:

1 biji telur
1 cawan air pati daun pandan - 4/5 helai daun pandan
1 cawan santan 
2 sb tepung jagung 
3 sb puri kurma 
1 st esen vanila

Cara:

1. Blend telur + air pati daun pandan + santan + tepung jagung + puri kurma + esen vanila sehingga sebati.
2. Kacau bahan blend dalam periuk dengan api kecil.
3. Sentiasa kacau kaya supaya tak berketul & melekat. Masak sampai pekat likat.
4. Tutup api.
5. Siap!

♥️ Steamkan roti dan makan dengan sangkaya


Sumber

CLICK HERE !