CLICK HERE !

Monday, 27 November 2017

LASAGNA




Bahan :

Sos bolognese
2 sb mentega
2 sb tepung gandum
250ml susu full cream
2 keping cheesedale
Sedikit garam
Mozarella
Kepingan lasagna



Cara sos putih :

1. Cairkan mentega dengan api perlahan.
2. Masuk tepung gandum. Kacau sebati dengan api perlahan.
3. Masuk susu full cream.
4. Masuk cheesedale. Kacau sebati.
5. Masuk garam. Kacau sampai likat.
6. Siap!



Cara susun lasagna :

1. Susun kepingan lasagna sampai tutup semua bahagian loyang.
2. Ratakan dengan sos bolognese.
3. Tuang sos putih hingga tutup sos bolognese.
4. Tabur mozarella.
5. Ulang step 1 - 4. Standard 3 lapisan.
6. Panaskan oven 180°C. Bakar lasagna selama 40 minit. Guna api atas bawah.
7. Siap!



SUMBER

Saturday, 21 October 2017

BANANA MUFFINS





Bahan :

8 biji pisang
4 biji telur
¾ cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum - ayak
2 st soda bikarbonat - ayak
Secubit garam
½ cawan minyak jagung

Hiasan : badam hancur
              : coklat chips



Cara:

1. Lenyek pisang + gula. Ketepikan.
2. Pukul telur hingga kembang.
3. Kemudian, masuk bahan ayak + bahan lenyek + minyak jagung. Kacau sebati. Biar dalam 10 minit.
4. Panaskan oven pada suhu 180°C.
5. Masukkan adunan dalam papercup. Hiaskan.
6. Bakar selama 20 minit.
7. Siap!


Sumber: fb

Saturday, 23 September 2017

IKAN SIAKAP KUKUS TOMYAM




Bahan :

1 ekor ikan siakap
1 batang serai - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
3 tangkai cili api - di ketuk
2 biji tomato - hiris bulat
Sedikit sos tiram
Pes tomyam
Lemon - jus lemon
             - hiris bulat
Sedikit garam
Daun ketumbar
Air



Cara:

1. Cuci ikan siakap bersih² dengan asam jawa.
2. Masukkan ikan siakap ke dalam loyang, lumur dengan sos tiram.
3. Bancuh pes tomyam dengan air.
4. Masukkan bancuhan pes tomyam + serai + bawang merah + bawang putih + halia + daun ketumbar ke dalam loyang berisi ikan. Kukus 20 minit.
5. Masuk cili api + jus lemon + garam. Kukus 5 minit.
6. Masuk tomato + lemon. Kukus 2 minit.
7. Siap!


SUMBER

Saturday, 12 August 2017

AGAR AGAR TEMBIKAI





Bahan:

10g agar² tali
4 cawan air
1 cawan gula pasir
Sedikit susu pekat manis
Pewarna - hijau
                 - merah




Cara :

1. Didih kan air + agar². Masak hingga agar² hancur.
2. Masuk gula. Masak hingga larut. Tutup api.
3. Tapis adunan, bahagi kepada 3 bahagian. 
    1 cawan warna kan hijau.
    ¾ cawan - masuk kan susu pekat manis.
    Selebihnya warna kan merah.
4. Tuang adunan hijau ke dalam loyang. Biarkan keras.
5. Tuang adunan putih atas adunan hijau. Biarkan keras.
6. Tuang adunan merah atas adunan putih. Biarkan keras + sejuk.
7. Simpan dalam chiller.
8. Potong agar² bentuk hirisan tembikai.
9. Siap!

Saturday, 1 July 2017

NUTELLA BROWNIES





Bahan :

200g  Nutella
2 biji telur
9 sb tepung gandum
4 sb susu pekat manis



Cara:

1. Whisk Nutella + telur hingga sebati.
2. Masuk tepung + susu pekat. Sebati kan.
3. Tuang adunan dalam papercups.
4. Bakar 160°C . 20 minit.
5. Siap!




Thursday, 1 June 2017

AGAR-AGAR CENDOL GULA MELAKA





Bahan:

10g agar²
500g cendol - tapis air
4 cawan air
1 cawan gula pasir
200ml santan - 1 kotak kecil
1st garam



Cara:

1. Didihkan air + agar². Masak agar² hingga hancur.
2. Masuk gula pasir. Masak hingga larut.
3. Masuk cendol. Tunggu didih, tutup api.
4. Masuk santan + garam. Kacau rata.
5. Masuk dalam acuan, biar sejuk. Carik permukaan atas  agar² ngan garfu.




Bahan gula Melaka:

10g agar²
Gula Melaka - ikut suka
3 helai daun pandan
4 cawan air



Cara:

1. Satu kan semua bahan dalam periuk. Masak dengan api perlahan.
2. Selepas mendidih dan larut, tapis.
3. Tuang ke dalam acuan agar² cendol tadi. Biarkan sejuk.
4. Simpan dalam fridge.
5. Siap !



SUMBER




Monday, 1 May 2017

PANNA COTTA





Bahan :

4½ cawan susu segar
1½ cawan non-dairy whipping cream
1 bungkus gelatin - halagel
7 sb air panas
½ cawan gula
1 st esen vanila

Puri - kiwi
        - naga
        - strawberi
Sedikit gula
Sedikit jus lemon


Cara:

1. Kacau gelatin + air panas hingga kembang dan larut.
2. Masak susu segar + whipping cream + gula dengan api sederhana, hingga buih kecil di tepi periuk.
3. Padam kan api, masuk bancuhan gelatin + esen vanila. Kacau sebati.
4. Tuang ke dalam ramekin.
5. Sejukkan ke dalam chiller selama 5-6 jam.
6. Siap!



Cara puri:

1. Masak kiwi/naga/strawberi + gula + jus lemon hingga mendidih.
2. Angkat dan sejukkan dahulu.
3. Kemudian, kisar hingga halus.
4. Sejukkan puri ke dalam freezer.
5. Hias panna cotta dengan puri.
6. Siap!


* tekstur more to dadih



SUMBER


Saturday, 1 April 2017

TARTAR SAUCE




Bahan :

3 sb mayonis
1 sb bawang Holland - cincang
½ batang jeruk timun - cincang
Jus Lemon


Cara:

1. Satu kan mayonis + bawang Holland + jeruk timun + jus lemon. Gaul sebati.
2. Simpan dalam chiller 1 jam sebelum hidang.
3. Siap!



SUMBER

Wednesday, 22 March 2017

PUDING NAGA, PUDING KIWI, PUDING MANGGA




Bahan :

20g agar² tali
1 cawan gula pasir
½ tin susu cair 
1400 ml air
Potongan buah - naga
                             - kiwi
                             - mangga




Cara:

1. Masak air + agar² hingga hancur.
2. Masuk gula. Masak hingga larut.
3. Basahkan sedikit loyang. Masukkan sedikit agar² jernih dalam loyang hingga penuh permukaan. Biarkan keras.
4. Susun potongan buah.
5. Masuk sedikit lagi agar² jernih hingga tenggelam buah. Biarkan keras seketika.
6. Masuk susu cair dalam baki agar². Kacau sebati.
7. Tuang agar² susu ke lapisan atas hingga habis. Biarkan sejuk.
8. Simpan dalam chiller.
9. Siap!

Wednesday, 8 March 2017

OREO CHURROS



Bahan :

1 peket biskut  oreo 
2 cawan air
1 sb gula pasir
4 sb mentega
1 biji telur
1 cawan tepung gandum


Cara :

1. Asing kan biskut oreo dengan krim.
2. Hancurkan oreo.
3. Didih kan air +  gula + mentega. Kacau sebati.
4. Kecil kan api, masuk tepung gandum + oreo hancur - kacau cepat² jadi seperti doh lembut.
5. Tutup api. Masuk telur & kacau cepat².
6. Masuk adunan dalam piping bag & guna nozel.
7. Gris kan mentega atas dulang, picit doh sepanjang jari telunjuk.
8. Sejukkan adunan dalam freezer selama 30 minit.
9. Goreng hingga garing.
10. Cair kan krim.
11. Siap!







Sunday, 29 January 2017

MOUSSE AU CHOCOLAT @ CHOCOLATE MOUSSE




Bahan :

40g gula pasir
1 sb serbuk gelatin - halagel
140g coklat masakan - Beryls
200 ml non - dairy whipping cream
2 biji putih telur
100 ml air yang betul² panas
Strawberi - hiasan


Cara:

1. Cairkan serbuk gelatin + air panas. Kacau hingga larut.
2. Cairkan coklat. - double boiled
3. Masukkan bancuhan gelatin ke dalam coklat cair. Kacau sebati. Biarkan seketika.
4. Pukul putih telur hingga jadi meringue (soft peak).
5. Masuk gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
6. Pukul non - dairy whipping cream - 5 minit.
7. Masukkan adunan coklat ke dalam putih telur sedikit demi sedikit. Gaul guna kaedah kaup balik.
8. Masuk adunan whipping cream. Gaul sebati.
9. Masuk adunan ke dalam ramekin.
10. Sejukkan dalam chiller.
11. Hias mousse.
12. Siap!


SUMBER

CLICK HERE !