CLICK HERE !

Wednesday, 21 December 2016

IKAN PEKASAM GORENG





Bahan:

Ikan pekasam - tak perlu basuh
2 tangkai cili api - merah
                               - hijau
2 ulas bawang merah
Sedikit air asam limau



Cara:

1. Goreng ikan pekasam tanpa beras.
2. Kemudian, goreng beras + cili api + bawang merah hingga garing.
3. Tabur atas ikan pekasam.
4. Perah air asam limau atas ikan pekasam.
5. Siap!

Saturday, 19 November 2016

PARU GORENG BERLADA




Bahan :

500g paru lembu - basuh bersih
7 tangkai cili merah - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 labu bawang Holland - hiris bulat
1 st asam jawa
1 st serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit gula
Cili api - hiasan



Cara-cara:

1. Rebus paru hingga lembut.
2. Potong kecil sederhana nipis.
3. Gaulkan paru + kunyit + garam. Goreng hingga sedikit garing. Angkat dan tos kan.
4. Tumis bahan yang di kisar hingga garing, masukkan garam + gula + asam jawa.
5. Gaul paru dengan bahan tumis hingga sebati. 
6. Masuk bawang Holland + cili api.
7. Siap!


Friday, 28 October 2016

AIR ASAM





Bahan :

2 sb asam jawa
1 labu bawang Holland - hiris
4 tangkai cili api - hiris
1 biji tomato - diced
Air masak
Gula
Garam



Cara:

1. Bancuh asam jawa dengan sedikit air masak hingga sederhana pekat.
2. Masuk cili api + bawang Holland + tomato.
3. Perasakan dengan gula + garam.
4. Siap!



Wednesday, 14 September 2016

SINGGANG DAGING





Bahan:

1 mangkuk daging lembu - cuci bersih, hiris nipis
2 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 inci lengkuas - hiris
2 tangkai cili kering - hiris serong
3 keping asam gelugur
1 sb biji ketumbar
1 batang serai - ketuk
Bendi
Tomato - belah 4
Sedikit garam
Air



Cara:

1. Campur semua bahan dalam periuk, kecuali bendi + tomato + garam.
2. Rebus hingga daging empuk.
3. Masuk bendi + tomato.
4. Kemudian, masuk garam. Kacau sebati.
5. Siap!

Wednesday, 24 August 2016

BUBUR KACANG HIJAU





Bahan :

250g kacang hijau - basuh & tos kan
200 ml santan
2 cawan air
2 cawan gula pasir
¼ st garam
2 helai daun pandan



Cara :

1. Didih kacang hijau + air.
2. Masuk daun pandan, rebus kacang hingga kembang.
3. Masuk gula masak hingga larut.
4. Masuk santan, masak 5 minit.
5. Masuk garam, kacau sebati.
6. Siap! 


Monday, 18 July 2016

BISKUT JEJARI ROTI COKLAT




Bahan:

1 pek roti - besar
1 pek nestum original
500g coklat masakan Beryl's



Cara:

1. Potong roti bentuk jejari.
2. Bakar pada suhu 120°C hingga rangup.
3. Cairkan coklat - guna kaedah double boiler.
4. Celup roti dalam coklat cair.
5. Kemudian, gelek roti dalam nestum.
6. Siap!



Sumber

Monday, 13 June 2016

SAGU GULA MELAKA





Bahan :

1 cawan sagu
3 cawan air
Susu cair
Pewarna
Ais - optional


Cara:

1. Rendam biji sagu selama 20 minit. Kemudian, toskan.
2. Didihkan air.
3. Masuk biji sagu + pewarna.
4. Senantiasa kacau hingga sagu kembang dan jernih dengan api sederhana . Tutup api.
5. Masuk dalam loyang/acuan. Simpan dalam peti sejuk.




Bahan:

Gula Melaka
Daun pandan
Air


Cara:

1. Didih air + gula Melaka + daun pandan hingga gula cair.
2. Tapis.
3. Siap!




Hidang:

1. Satu kan sagu + susu cair + gula Melaka.
2. Tambah 1-2 ketul ais.
3. Siap!

Monday, 23 May 2016

SAMBAL KICAP - NASI AYAM





Bahan:

2 ulas bawang putih
10 tangkai cili api
2 sb cuka
Gula
Garam
Air asam limau
Kicap - masin
           - manis
           - lemak




Cara:

1. Tumbuk cili api + bawang putih hingga lumat.
2. Kemudian, masuk cuka + gula + garam + air asam limau + kicap.
3. Siap!

Thursday, 12 May 2016

KUIH APAM POLKADOT








Bahan : 

5 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum - ayak
1 st baking powder - ayak
Filling - strawberi
            - blueberi

Pewarna - ikot suka



Cara :

1. Pukul telur + gula hingga kembang.
2. Masuk tepung gandum + baking powder sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
3. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan titis kan pewarna.
4. Masuk adunan ke dalam piping bag.
5. Panaskan kukusan.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas - ½  dari mangkuk kertas
7. Masuk kan filling.
8. Picit lagi adunan yang sama hingga penuh. Kemudian, dot dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus adunan selama 15 minit.
10. Siap!








Saturday, 23 April 2016

KUIH LOMPAT TIKAM






Bahan :

1 cawan tepung beras
4 cawan air
Pewarna hijau


Cara: 

1. Satu kan tepung beras + air + pewarna hijau atas dapur, kacau sampai likat.
2. Siap!




Bahan :

6 cawan santan
1 sb tepung jagung
Sedikit garam


Cara:

1. Masak santan + garam sampai pekat.
2. Masuk tepung jagung.
3. Siap !



Bahan:

1 cawan pulut
Air 
Pewarna merah


Cara:

1. Rendam pulut + air + pewarna merah 1 jam hingga kembang.
2. Tos kan pulut.
3. Kukus pulut hingga masak.
4. Siap !




Bahan:

Air 
Gula Melaka
Daun pandan


Cara :

1. Didih air + gula Melaka + daun pandan hingga gula cair.
2. Tapis.
3. Siap !




Thursday, 14 April 2016

SAMBAL SOS - NASI AYAM







Bahan:

2 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah
2 sb cuka
Garam
Gula
Air asam limau



Cara:

1. Tumbuk cili merah + bawang putih hingga lumat.
2. Masuk cuka + garam + gula + air asam limau.
4. Siap!

Sunday, 27 March 2016

SPAGHETTI BOLOGNESE





Bahan:

1 peket spaghetti
Sedikit garam
2 sb minyak zaitun



Cara:

1. Didih air + garam + minyak zaitun.
2. Masuk spaghetti dan masak hingga lembut.
3. Tos kan.
4. Siap!




Bahan bolognese:

20 tangkai cili kering - kisar
10 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
3 keping daging burger - lenyekkan
1 labu bawang Holland - diced
1 tin cendawan butang - diced
1 biji lada benggala - diced
4 biji tomato - diced
Sos cili
Sos tomato
sedikit garam
Mix herbs



Cara:

1. Tumis bawang Holland sampai layu.
2. Masuk cili kering + bawang merah + bawang putih. Tumis sampai garing.
3. Masuk daging burger. Tumis sampai garing.
4. Masuk sos cili + sos tomato.
5. Masuk air + garam + mixed herbs + cendawan butang + tomato + lada benggala. Masak hingga kuah pekat.
6. Siap!


Saturday, 5 March 2016

MASAK LEMAK PUTIH




Bahan:

4 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
½ st lada hitam - di tumbuk
2 ekor fillet ikan kembung - rebus + tumbuk
3 cawan santan / 1 kotak santan
Petola - potong bulat / ring
Terung - belah 2, potong serong
Baby corn - potong serong
Sedikit garam
Sedikit gula



Cara:

1. Didihkan santan + bawang merah + bawang putih + lada hitam + fillet ikan kembung.
2. Masuk baby corn + petola. Masak hingga lembut.
3. Masuk terung.
4. Masuk garam + gula.
5. Siap!

Saturday, 20 February 2016

MEE





Bahan :

2 cawan tepung gandum
½ st serbuk kunyit
1 st garam
1 biji telur
1 st minyak
50 ml air
Mesin buat mee



Cara:

1. Satu kan tepung + serbuk kunyit + garam + telur + air. Uli hingga jadi doh - 15 minit.
2. Hiris doh kepada beberapa bahagian kecil.
3. Uli doh kecil untuk di gelek pada mesin mee.
4. Gelek guna no. 1 (tebal).
5. Lipat dua doh, dan gelek lagi supaya doh sekata dan cantik.
6. Kalau rasa doh melekit, sapu sedikit gandum.
7. Bila dah gelek sampai nipis, kisar doh jadi mee.
8. Didih air + minyak.
9. Masuk mee, celur 2 minit.
10. Basuh dengan air sejuk. Tos kan.
11. Siap !




Wednesday, 10 February 2016

REMIS TUMIS SERAI





Bahan :

1kg remis
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
½ inci halia - hiris
3 batang serai - di titik
Sedikit garam



Cara:

1. Rendam remis ngan air + serbuk cili selama 15 minit, kemudian basuh bersih².
2. Tumis bawang merah + bawang putih + halia hingga naik bau.
3. Masuk serai.
4. Masuk remis, biarkan hingga kulit nya terbuka.
5. Masuk garam.
6. Siap !

Thursday, 21 January 2016

BUDU





Bahan :

Budu
Bawang merah - hiris
Cili api - hiris
Air asam limau




Cara:

1. Tuang budu dalam mangkuk.
2. Masuk bawang merah + cili api + air asam limau.
3. Siap!

Saturday, 2 January 2016

JERUK MANGGA ASAM BOI





Bahan :

Mangga muda
Asam boi
3 tangkai cili api
Sedikit garam
Gula





Cara :

1. Kupas dan belah buah mangga.
2. Cuci dan tos hingga kering.
3. Gaul mangga dengan asam boi + cili api + garam + gula.
4. Siap !



Sumber

CLICK HERE !